anjayani
*Past year Paper*
Semudah Itu Mereka Dilupakan
Dunia semakin angkuh dan sombong.
pada unggas di taman dibiar
bila seorang anak ibu tabah
kulihat menggendong anak
berjaja di pasar serpihan
seorang datuk teguh pendirian
mengais timbunan sisa makanan
di tepi longkang hanyir
Di sana dunia berpesta.
muda-mudi memakai fesyen terbaru
dengan wangian dari paris
kulihat mereka
mencebik bibir dan
melontar simpati tanpa
menyapa ibu dan
datuk sendiri
Begitu mudah
Mereka berangkat dan
Melupakan
Faridah Hamid
Universiti Malaya
1989
a) Jelaskan bentuk sajak ‘Semudah Itu Mereka Dilupakan’. =Mempunyai 3 rangkap,
Rangkap 1 = 8 baris (Oktaf)
Rangkap 2 = 8 baris (Oktaf)
Rangkap 3 =. 3 baris (Terzina)
Rangkap 1 = A,b,c,d,e,e,e,b
Rangkap 2 = A,b,c,a,d,a,e,f
Rangkap 3 = A,b,b
suku kata paling banyak (Dunia semakin angkuh dan sombong) 11, Suku kata paling pendek (Melupakan) 4, patah perkataan paling banyak (Dunia semakin angkuh dan sombong) 5, patah perkataan pendek (Melupakan) 1, sajak ini tidak terikat dengan mana mana peraturan lama jadi ianya bebas
b) Jelaskan pengajaran dan persoalan yang dapat diperolehi daripada sajak di atas.
=Dalam kehidupan ini kita hendaklah tabah menghadapi berbagai cabaran dan
dugaan.
Muda-mudi sekarang jangan terlalu mementingkan diri sendiri dan mengejarkeseronokkan sahaja
Orang tua hendaklah dihormati dan jasa mereka janganlah dilupakan
c) Melalui sajak di atas, penyair telah mengambarkan dua keadaan yang berbeza. Jelaskan.
= Diawal sajak Penyair mengambarkan situasi atau keadaan di luar rumah iaitu kehidupan bermasyarakat, penyair menyinggung keadaan sekitar dimana orang susah mengais timbunan sampah di longkang, seorang ibu sambil mengendong anaknya melakukan pekerjaan menjaja dipasar. Manakala didalam situasi yang kedua pula ianya bertolak belakang anak anak berfoya foya pergi ke klub berhamburan uang tetapi ibu dan datuk mereka dibiarkan terlantar kesusahan bersendirian.
[20 markah]

Ulasan
Catat Ulasan