Ahmad Albib
Menurut cerita Raja Ahmad membangun sebuah negeri di balik hutan, untuk kesana baginda memerlukan masa sehari perjalanan dari negeri adik baginda . Disana Baginda Membina sebuah istana yang dilengkapi parit serta dewan istana. Lalu Raja Ahmad memerintah di negerinya itu diiringi bala tentera baginda. Tidak beberapa lama Raja Ahmad pergi memburu kedalam hutan . Namun Raja Ahmad tidak memperoleh satu pun hasil buruan. Semasa Raja Ahmad berjalan Baginda terjumpa dengan sebuah surau didalam hutan . Didalamnya Baginda berjumpa dengan seorang lelaki tua . Kemudian Raja Ahmad memberi salam kepada orang tua itu, lelaki tua itu berbalik menjawab salam baginda. Maka Raja Ahmad pun bercerita kepada orang tua itu bahawa saudaranya mendapatkan seorang anak perempuan di dalam rebung buluh betong . Orang tua itu berkata jikalau tuan mahu seorang anak, baiklah saya tunjukkan kepada tuan. Tunggu sekejap di sini bersama saya . Raja Ahmad pun menunggu . Lalu Datanglah seekor gajah yang sangat besar. Dilihat Raja Ahmad Diatas kepala gajah itu ada seorang anak lelaki . Gajah itu pun memandikan kanak-kanak itu . Selepas gajah itu memandikan anak itu , Si Gajah pun menaruh anak lelaki itu di tebing sungai. Lalu baginda pula yang mandi. Setelah selesai mandi, Raja Ahmad memikul kanak kanak itu diatas kepalanya. dibawa Raja Ahmad berjalan menyelusuri hutan .

Ulasan
Catat Ulasan