okayy


Menukar Ayat Cakap Ajuk dan Cakap Pindah
Tukar ayat cakap ajuk menjadi cakap pindah, dan cakap pindah menjadi
cakap ajuk.

1) "Pantun memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat
Melayu," jelas Cikgu Nordin kepada kelasnya.

=Cikgu Nordin menjelaskan kepada kelasnya bahawa pantun memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat melayu.

2) "Masihkah pantun digunakan pada masa ini?" tanya Imran kepada
gurunya.

=Imran bertanya kepada gurunya masihkah pantun digunakan pada masa sekarang.

3) "Mengapakah pantun masih berfungsi dalam masyarakat Melayu?"tanya Imran lagi.

=imran bertanya lagi kepada cikgu nordin Mengapakah pantun masih berfungsi dalam masyarakat melayu.

4) Cikgu Nordin menerangkan bahawa pantun digunakan oleh orang
Melayu sebagai saluran untuk mengemukakan hasrat hati.

= Pantun digunakan oleh orang melayu sebagai media/saluran bagi mengemukakan hasrat hati mereka. Terang cikgu Nordin kepada imran


5) Saya menjawab pertanyaan itu dengan menjelaskan bahawa pantun mencerminkan sifat bangsa Melayu yang suka berkias dalam
menyampaikan sesuatu maksud.

=Pantun mencerminkan sifat bangsa melayu yang suka berkias dalam menyampaikan sesuatu maksud. jawabnya mengenai pertanyaan itu


6) Tanya mereka kepadaku, "Siapakah pengarang Syair Ahmad Tajuddin?

=Mereka bertanya kepadaku siapakah yang mengarang Syair Ahmad Tajuddin.


7) Mengikut Awang Abdul Hadi, maksud peribahasa Biduk tiris menanti karam ialah keadaan yang tidak dapat ditolong lagi.

=Maksud Peribahasa Biduk Tiris menanti karam ialah keadaan yang tidak dapat ditolong lagi. kata Awang Abdul Hadi.


8) Setelah mendengar lagu itu didendangkan, Ismail bertanya kepada
rakannya, "Apa pendapat kamu tentang lagu itu?"

=Ismail Bertanya kepada rakannya mengenai pendapat mereka setelah mendengar akan lagu yang di didendangkan itu.


9) Dia menjawab dengan menyatakan bahawa irama lagu itu sungguh
merdu.

=Irama lagu itu sungguh merdu. jawab rakan ismail kepadanya.


10) Tahukah kamu akan seni kata lagu itu?" Ismail bertanya kepada
rakannya.

=Ismail bertanya kepada rakannya adakah dia tahu seni akan lagu itu.

Ulasan

Catatan Popular