Menjawab= SELOKA PAK PANDIR 😏🧙♂️
SELOKA PAK PANDIR
Anak dipijak dagang dijinjing.
Kucing dibunuh tikus dibela
Harta habis badan tergadai
Mendengar gelagak dagang
Tak sedar bertelanjang
Mendengar guruh dilangit
Air di tempayan dicurahkan
Mulut kena suap pisang
Buntut kena cangkuk onak,
Gunting makan di hujung
Pak pandir juga menanggung.
Apa didengar gelagak dagang
Gelagak rambutan jantan
Orang berbunga, dia berbunga
Orang berbuah, dia haram
Kilat memancar hujan tak jadi
Awak juga berkecundangan.
i. Jelaskan bentuk seloka.
1 Rangkap,
17 baris
Patah perkataan paling banyak (Kilat memancar hujan tak jadi) 5 PP
Patah perkataan paling sedikit (Awak juga berkecundangan) 3 PP
Suku kata paling banyak (Kucing dibunuh tikus dibela & Kilat memancar hujan tak jadi) 10 PP
Suku kata paling sedikit (Orang berbuah, dia haram) 5 PP
i. Berdasarkan seloka di atas, jelaskan sifat-sifat Pak Pandir.
1)Mudah percaya kepada orang lain
2)Tidak menyedari kekurangan dirinya
3)Mengutamakan orang lain dari perihal keluarganya
4) tidak pandai mengatur hartanya hingga menyebabkan dia tergadai hartanya
5) membenarkan perkara yang tidak betul
ii. Apakah buktinya yang menunjukkan Pak Pandir mengikut perangai orang
lain tanpa memikirkan keadaan atau kemampuannya
suka cakap besar. Ibarat kata perlakuan rambutan jantan yang rajin berbunga tetapi tidak menghasilkan buah. Sikap ini wujud dalam diri pak pandir ini menunjukkan kebiasaan pak pandir yang ingin hidup senang dengan cara yang mudah dan mengambil jalan singkat. Rajin menghebahkan rancangan hidupnya sedangkan usahanya tidak seberapa.
iv. Pada pendapat kamu mengapakah kita tidak boleh mudah terpengaruh
dengan kata-kata orang lain?
Kita tidak boleh mudah percaya dan terpengaruh dengan kata kata orang lain kerana terkadang seorang manusia itu bersifat manipulatif perkara yang tidak ada diadakannya yang salah dibenarkan yang penting kalau kita mudah terpengaruh pada kata kata orang lain ianya akan menyebabkan kita mudah ditipu dan membawa mudharat kepada diri sendiri
V. Berikan tiga pengajaran yang boleh dipetik daripada seloka di atas.
- Kita hendaklah mengelakkan diri daripada mengharapkan sesuatu yang belum pasti.
- Kita hendaklah berhati-hati ketika melakukan sesuatu pekerjaan kerana kesilapan akan merugikan diri sendiri.
- Kita hendaklah mengelakkan diri daripada mudah terpengaruh oleh kata-kata yang manis kerana di sebalik kata-kata yang manis itu, lazimnya tersembunyi niat yang
[15 markah)

Manatap yoww
BalasPadamMantap yow
BalasPadam